ramadhan tak lame lagi. yeayea.. :)

Sunday 30 March 2014

Proses menterjemah


Ku  buka jendela pagi dalam udara yang mengasyikkan , sedang menikmati udara segar. terlintas di benak fikiranku,banyak persoalan yang bermain –main dilubuk hatiku…apakah kesudahan hidupku..adakah ianya menyumbang bakti kepada agama atau sebaliknya….ku redakan gelora bisikan hatiku…tiada jalan singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh..  Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat….memujuk jiwa .

Fikiranku mula memahami..begitulah proses seorang penterjemah mahu melakukan   terjemahannya..memerlukan kesabaran dan menjalani pelbagai proses….Disini dapat kita belajar dengan sedikit sebanyak  perkongsian yang bakal saya rumuskan disini..bagaimanakah seorang penterjemah menterjemah sesebuah buku…????? Mari berjalan seiringan dengan saya dalam mengupas ilmu yang bakat kita pelajari…semoga Allah membuka mata hati kita agar arif dalam agama…..

Proses menterjemah
Penterjemahan merupakan satu proses. Kalau mengikut Kamus Dewan edisi ketiga, proses bermaksud satu siri tindakan yang dilakukan untuk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu (1994: 1058) Daripada takrif tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa proses ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan sengaja.

Nida & Taber (1982:33) menyatakan bahawa proses penterjemahan meliputi tiga peringkat,
i) analisis, mesej yang terkandung dalam teks asal (A) akan dianalisis dari segi
a) hubungan gramatikal
b) makna setiap perkataan dan makna yang dibawa oleh gabungan perkataan

ii) pemindahan, perkara-perkara yang dianalisis tadi akan dipindahkan daripada bahasa sumber(A)  ke dalam bahasa sasaran (B)

iii) penstrukturan semula,
- bahan yang dipindahkan akan distruktur semula mengikut struktur sasaran agar mesej yang disampaikan boleh diterima oleh pembaca sasaran.

Setelah ketiga-tiga proses itu diselesaikan, maka tamatlah kerja-kerja penterjemahan. Akan tetapi, hasil terjemahan itu masih belum boleh diterbitkan atau diedarkan kepada orang ramai. Ini kerana ia perlu melalui tiga lagi proses penting,
-          proses pemeriksaan,
-           penyemakan
-          penyuntingan.

Proses pemeriksaan
Proses memeriksa boleh dibuat sendiri oleh penterjemah. Andainya teks itu lebih sukar dan rumit, penterjemah perlu memeriksa teks itu dari awal hingga akhir. Perkara ini perlu dilakukan untuk mengesan kesilapan, bukan sahaja kesilapan menaip malah kenyataan-kenyataan yang taksa dan mengelirukan, serta untuk memastikan bahwa kesemuanya dibetulkan sebelum teks akhir diserahkan. Pemeriksaan tambahan juga boleh dilakukan dengan membaca teks itu secara lantang, sebaik-baiknya di hadapan orang lain untuk memastikan keseragaman gaya bahasa, laras bahasa, istilah, ejaan dan sebagainya (John D. Graham 1995: 75).

Proses penyemakan
Setelah proses memeriksa itu selesai, teks terjemahan itu akan melalui proses penyemakan pula. Biasanya penyemak terdiri daripada orang yang memiliki pengalaman yang perlu dalam bidang-bidang yang berkenaan dan mempunyai bakat-bakat yang dikehendaki. Akan tetapi, tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan dan kedua-dua tugas itu besar kemungkinan akan dilakukan oleh orang yang sama dalam satu operasi gabungan (John D. Graham 1995: 80).





Proses penyuntingan
Setelah itu, teks tersebut perlu melalui proses penyuntingan. Walaupun penyuntingan bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan, tetapi ia perlu dilakukan. Teks perlu dicantas bagi menghapuskan bahan yang berlebihan dan keterlaluan atau membuang bahan yang tidak berkaitan. Di samping itu, jika teks tersebut terdiri daripada beberapa bahagian dan diterjemahkan pula oleh beberapa orang penterjemah, maka penyuntingan perlu dilakukan untuk mewujudkan satu gaya yang seragam bagi keseluruhan teks itu. Teks juga perlu disunting jika panjang teks yang menjadi kriteria utama kepada pihak penerbit. Jika ruang terbatas, terjemahan mungkin harus dihadkan kepada panjang yang tertentu, biasanya tidak lebih panjang daripada teks asal, walaupun pada umumnya teks terjemahan lebih panjang daripada teks asal

KESIMPULANNYA
Setelah selesai menjalani semua proses tersebut :
-teks ini sudah boleh menjalani kehidupan baru, dengan memakai bahasa sasaran dan dibaca pula oleh pembaca sasaran
-Jika ia tidak diterjemahkan, sudah tentu pembaca sasaran tidak dapat menghayati dan menikmati karya asal itu
-proses pemeriksaan, penyemakan dan penyuntingan yang dilakukan terhadap terjemahan itu bolehlah dianggap sebagai penjamin kualiti bagi faedah
-kegunaan pembaca sasaran dan juga menjadi penyelamat kepada penterjemah sendiri.


Alhamdulillah, kita sudah sampai dipenghujung rancangan…semoga kita dapat bersua lagi di dalam lebar ilmu yang meluas ini..belajar sedikit demi sedikit lama jadi bukit kn???...insyallah kawan-kawan..saya berundur dahulu dan saya tinggal hadis ini untuk menjadi peneman anda…
طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

Warkah Cintai Ilmu,
 NUR HIDAYAH BINTI HASSAN (A146825)


No comments:

Post a Comment