ramadhan tak lame lagi. yeayea.. :)

Saturday 14 June 2014

NOTA RINGKAS :)


Haa….. kami kami ni nak exam subjek ni pada 16 Jun 2014 . doakan kejayaan kami.. :)
Nota ringkas ni merangkumi semua subtajuk tama 1… jom jom jom.. last last minit ni kene study smart!! ... Hehe :P




alhamdulillah ~ nampak dak? hehe.. nak hadiah? mesti nak nak kann.. jom terjemah ayat dibawah :D

**Pemenang akan diumumkan dan akan mendapat hadiah istimewa dari Bumi Kenyalang..:p . 
**jwpn diterima sehingga- 30 Jun 2014 ... hanya 3 pemenang yang layak menerima hadiah :)) selamat mencuba.. 

1)


2)



3) 


4)




5)




*sat na sat nahh.. ni cara nak jawab soalan atas tu.. 

1) tulis jawapan diruang komen kat bawah tuu..( tulis no.soalan seterusnya jawapan.)
2) jangan lupa bagi link fb @ email adress korang kat bawah jawapan.. :)

atau

1) terus hantar jawapan anda kat alamat email ni....-  tamablog49@gmail.com 

ok sayang anda semua. sampai berjumpa lagi.. syukran. 


~aiP

Friday 13 June 2014

UNSUR-UNSUR BUDAYA :)

السلام عليكم ……Sahabat-sahabat semua…Ana Harap dalam keadaan sihat la yerr…bertemu kembali kita…jom sama-sama kita belajar ….hari ini kami akn membuatkn 1 tajuk yg m’narik ….tentang unsur budaya…jom kita menjelajah  pelbagai budaya lain..




Apa itu budaya yerrr???...

  J Budaya itu tamadun,
    J peradaban ,
     J kemajuan,sifat budaya

Semua perkara yang manusia lakukan dalam kehidupan mereka adalah budaya…..C

Budaya ada banyak tahu….jangan risau…jom tengok contoh…hihihi…tundukkn kepala Anda….


 þ  budaya ekologi
Mengkaji makhluk & struktur alam

Contoh :

keindahan Alam ..

bumi
  


þ budaya sosial
Kepercayaan masyarakat & adat resam
Contoh :


pulut kuning




þ budaya ideologi
Agama & kepercayaan adat resam
Contoh: 

sirih junjung

tarian kaum iban

pakaian

berinai

þ budaya material

-budaya akal manusia. cam ni haa... 




Ukeyy kawan2..semua sudah tahu kn??? Sampai di sini sahaja…nantikan tajuk seterusnya…Selamat beramal…tata titi tutu…. الى اللقاء مع السلامة
                                              Warkah cinta berbau syurga JJ





Monday 9 June 2014

ALAT BANTU TERJEMAHAN

salamullah.. rindu kat nota kite x? nak share nota je la minggu ni.. kite tangkap gambar ekk....... *klik .. :D . nak copy, copy je.. simpan terus ke dalam hati...  :D .


ALAT BANTU TERJEMAH..semestinya KAMUS ! 

terdapat 3 jenis kamus ..



saiz kamus pun ada 3 ..



syok tengok gambar sambil baca? ada bakat ni... lukis rabbit. hehe... ok.. sampai berjumpa lagi Insyaa Allah .. :)

MASALAH MAKNA DALAM TERJEMAHAN



  Makna perkataan dipengaruhi oleh:
       Posisinya dalam ayat
       Bidang ilmu

       Situasi pemakaian dan budaya penutur

sebab tu la kita perlu tahu dan teliti dalam menterjemah.. nanti salah terjemah.. lain pulak maksudnya. takpe2... belajar dan jangan mengalah.. jom terjah contoh di bawah....... :)























tengok? satu perkataan je pun... maksud lebih dari 3 dah... kesimpulan.. berhati-hati dalam menterjemah .. teruskan usaha!!  :p

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA


Nak share sikit nota .. minggu ni tangkap gambar nota-nota je.. :D . jom sama-sama kaji nota ape la yang kite buat ni ye..... :D




pusing laptop tu ckett.. :p


ni beza peribahasa Arab dan Melayu..













































Rajin tak kite buat nota?? ... (walaupun comot. Hee) :p :p 

~syukran~

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

apa itu terjemahan dan apa salah satu kesilapan terjemahan?  kali ini kita akan merungkai beberapa contoh yang berkaitan..

Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif ).

Ayat maklumat terdiri daripada:
1.       Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
2.       Ayat pernyataan.
3.       Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan.
4.       Ayat Tegasan.
5.       Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
6.       Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.
7.       Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka.
8.       Ayat tanyaan termasuk soalan.
9.       Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
10.   Ayat sudut pandangan.
11.   Ayat syarataan.
12.   Ayat cerita termasuk pemerian.
13.   Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.


Ayat arahan :
·         Ayat perintah
·         Ayat suruhan
·         Ayat larangan termasuk tegahan.
·         Ayat panduan.
·         Ayat undangan.
·         Ayat silaan.
·         Ayat ajakan.
·         Ayat gesaan.
·         Ayat tawaran.

AYAT PERASAAN
·         Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu. Terbahagi kepada;

·         Ayat marah.
·         Ayat gembira.
·         Ayat sanjungan.
·         Ayat ejekan.
·         Ayat dukaan.
·         Ayat sindiran.
·         Ayat cacian.
·         Ayat kutukan.
·         Ayat cabaran.
·         Ayat kejutan.
·         Ayat sesalan.
·         Ayat sumpahan.

·         Ayat bujukan.


Alhamdulillah~ semoga bermanfaat :)

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA


sedikit nota ringkas berkaitan bab menterjemah kata ganti nama.. jommm.. :)

Kata ganti nama = Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu.






Friday 23 May 2014

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS (KNK) ..

apa itu KATA NAMA KHAS ??

-merujuk kepada sesuatu secara khas. Menyebut benda, orang, binatang, tempat dan tumbuh-tumbuhan secara khas. Huruf pertama mesti dieja dengan huruf besar.

-contoh :

orang : Bruno Mars


binatang : Si Comel


benda : Honda


tempat : Universiti Kebangsaan Malaysia

tumbuh-tumbuhan : Bunga Raya
Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.





Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.





WALAU BAGAIMANAPUN.. 
**Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat. contoh :


›Longman (BI) menjadi لونجمان (BA)  bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) 
bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
((# jangan letak Lelaki panjang plak.. berat nanang :P ))

















beralih kepada NAMA NEGARA, BANDAR, TEMPAT :Contoh: Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal ....




seterusnya....

NAMA INSTITUSI/ORGANISASI diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.

NAMA JAWATAN/GELARAN diterjemah mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.

NAMA JUDUL/PERISTIWA lazimnya akan dikekalkan. 



KESIMPULANNYA...

Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan KNK :









semoga bermanfaat.. !!  :) 


                                                                                  -aipeony-

Tuesday 15 April 2014

PADANAN TERJEMAHAN


KONSEP PENTERJEMAHAN :

Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981) ...

---** kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. **---
KONSEP PADANAN..
  • Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
  • Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.
  • Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.

nida(1964) memperkenalkan 2 jenis padanan... 
                                                             1) PADANAN FORMAL
>Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.
>Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
>contoh : kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.

2) PADANAN DINAMIS
% Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.
% Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
% Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.
% Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
% Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
% Tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
% Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
% Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:
  • Membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya.
    Penyesuaian leksikal ada kalanya diperlukan.


    Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.
% Padanan dinamik memberi impak yang jelas – ketepatan sesuatu mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga penting.

PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT
  • Nida (1964) menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
  • Beliau menggariskan:
  • Padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
  • Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
  • Gaya masih dikekalkan – gaya puisi cthnya.
  • Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.


ØJuga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu:
◊ satu lawan satu
◊ satu lawan banyak
◊ banyak lawan satu
◊ satu lawan tiada

AINON MOHD (1987)
Padanan terjemahan berkemungkinan:
>Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.
>Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu).
>Terdekat yang sejadi – lawyer dipadankan dengan peguam.





STRATEGI MENCARI PADANAN 

Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991) mengutarakan:



>Mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep drp bsum kp bsas dan setelah konsep berpindah, maka label linguistik yg sesuai perlu dicari.

>Label linguistik yang dipilih sbg padanan dlm bahasa asas mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yg sama dlm bahasa sumber. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.





>Oleh sebab terdapat masalah untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna, maka penterjemah seharusnya ..
-bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran. 
-Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
 -Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.




WARKAH BERLAGU ILMU,
aipeony