ramadhan tak lame lagi. yeayea.. :)

Tuesday 15 April 2014

PADANAN TERJEMAHAN


KONSEP PENTERJEMAHAN :

Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981) ...

---** kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. **---
KONSEP PADANAN..
  • Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
  • Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.
  • Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.

nida(1964) memperkenalkan 2 jenis padanan... 
                                                             1) PADANAN FORMAL
>Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.
>Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
>contoh : kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.

2) PADANAN DINAMIS
% Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.
% Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
% Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.
% Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
% Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
% Tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
% Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
% Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:
  • Membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya.
    Penyesuaian leksikal ada kalanya diperlukan.


    Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.
% Padanan dinamik memberi impak yang jelas – ketepatan sesuatu mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga penting.

PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT
  • Nida (1964) menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
  • Beliau menggariskan:
  • Padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
  • Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
  • Gaya masih dikekalkan – gaya puisi cthnya.
  • Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.


ØJuga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu:
◊ satu lawan satu
◊ satu lawan banyak
◊ banyak lawan satu
◊ satu lawan tiada

AINON MOHD (1987)
Padanan terjemahan berkemungkinan:
>Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.
>Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu).
>Terdekat yang sejadi – lawyer dipadankan dengan peguam.





STRATEGI MENCARI PADANAN 

Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991) mengutarakan:



>Mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep drp bsum kp bsas dan setelah konsep berpindah, maka label linguistik yg sesuai perlu dicari.

>Label linguistik yang dipilih sbg padanan dlm bahasa asas mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yg sama dlm bahasa sumber. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.





>Oleh sebab terdapat masalah untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna, maka penterjemah seharusnya ..
-bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran. 
-Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
 -Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.




WARKAH BERLAGU ILMU,
aipeony

2 comments:

  1. Replies
    1. sep atas sep bawah.. sep depan sep blakang. sep satu duo tigo.. sep golong-golonggg... van jenazah. haha

      Delete